nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Dijangka Adakan Pertemuan Bersama Pemimpin PN Petang Ini

11 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) kira-kira jam 5 petang ini.

Sumber daripada beberapa pemimpin komponen PN mengesahkan perjumpaan khas tersebut dijadualkan akan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri. 

Walaupun mengesahkan pertemuan tersebut, namun masing-masing enggan mengulas mengenai agenda yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa tanah air.

Hari ini, Perdana Menteri dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

Muhyiddin pada Rabu minggu lalu telah mengumumkan yang kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dengan mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin dijangka bertemu pemimpin PN di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang ini.

Muhyiddin dilaporkan turut memaklumkan perkara itu kepada Al-Sultan Abdullah, ketika sesi menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada sebelah pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet

Ia susulan warkah daripada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan lapan Ahli Parlimen daripada UMNO ada menulis surat kepada baginda bahawa mereka menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin turut dilaporkan menyembah maklum kepada Seri Paduka untuk membentangkan usul undi percaya, pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan September ini, bagi menentukan keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan langkah itu sudah diperkenankan oleh baginda.

Selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PN turut dianggotai PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

MCA dan MIC menyertai gabungan itu yang masih memegang pendirian Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Kerajaan PN dijangka akan turut menghadiri perjumpaan tersebut pada petang ini.

Walaupun UMNO membuat keputusan menarik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin dan PN, tetapi 31 Ahli Parlimennya diketuai Timbalan Perdana, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan mengekalkan sokongan kepada PN sehingga usul keabsahan dibentang di Parlimen, bulan depan.

Minggu lalu, dua menteri dari UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad masing-masing sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan peletakan jawatan, susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos, yang sebulat suara menarik sokongan kepada PN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.