nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MARA lancar projek kondominium Signal Hill

30 NOV: MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) melalui anak syarikatnya MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) melancarkan projek pembangunan kondominium Signal Hill bernilai RM500 juta yang dijangka dimulakan pertengahan tahun depan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga dan mampu menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

“Projek ini akan memberi peluang kepada syarikat kontraktor binaan, perunding projek dan syarikat pemasaran hartanah serta peniaga bumiputera yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Mahdzir (kanan sekali) mendengar penerangan mengenai pembangunan kondominium Signal Hill bernilai RM500 juta di Kota Kinabalu hari ini.

“Selain pembeli tempatan, kondominium Signal Hill turut menyasarkan warga asing menerusi Program Malaysia My Second Home (MM2H) yang bakal membawa manfaat ekonomi kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kondominium Signal Hill yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Projek itu juga tambah Mahdzir, dijangka mampu merancakkan semula ekonomi dan industri pembinaan tempatan terutama dalam fasa pemulihan ini.

Projek pembangunan kondominium tersebut menawarkan sebanyak 441 unit kediaman dengan gaya hidup moden yang menitikberatkan aspek keselamatan penghuninya. Ia turut mempunyai 14 unit lot kedai berkeluasan hampir 20,000 kaki persegi.

“Menerusi usahasama pembangunan projek ini, MARA Inc. telah mengorak satu langkah lagi iaitu memperkasakan perkembangan syarikat dalam sektor pembinaan dan hartanah di negeri Sabah dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam aspek pembangunan projek hartanah premium,” ujar Mahdzir.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) cawangan Semporna akan ditutup mulai tahun depan susulan kekurangan kemasukan pelajar yang berterusan.

Mahdzir Khalid berkata, walaupun MARA adalah agensi kerajaan, namun KPTM Semporna terpaksa menanggung semua operasinya sendiri.

“Namun kita terpaksa melihat perkara ini (penutupan) ekoran tidak mencukupi sasaran pelajar.

“Kapasiti KPTM Semporna ini mempunyai kapasiti 600 orang namun sekarang kita memiliki 169 pelajar sahaja,” jelasnya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.