nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan setuju pengecualian cukai ke atas FSI

30 DIS : Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai berkenaan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pengecualian cukai itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya jenis pendapatan yang dikecualikan cukai ialah pendapatan dividen untuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad manakala semua jenis pendapatan untuk kategori pembayar cukai individu.

Bagaimanapun, selain daripada jenis pendapatan yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia.

Bagi kategori pembayar cukai individu, katanya, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, yang akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

Manakala bagi kategori bukan pemastautin (individu, syarikat dan lain) masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan.

Pada masa sama, katanya, dimaklumkan bahawa FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 adalah dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi tujuan Cukai Makmur.

Dalam pembentangan Bajet 2022, katanya, kerajaan telah mengumumkan cadangan langkah untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diterima dari luar negara mulai 1 Januari 2022.

Katanya, pelaksanaan cadangan layanan cukai itu dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021 dan di Dewan Negara pada 23 Disember 2021.

Bagi memastikan pasaran saham di Bursa Malaysia terus kekal rancak dan dinamik, MOF berkata, kerajaan mengambil pendekatan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.

Katanya, amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak itu adalah dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun duti setem yang melebihi RM1,000 akan diremitkan.

Jelas MOF, peremitan ini adalah terpakai kepada semua nota kontrak bagi tempoh mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 bagi dagangan saham atau stok yang disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia yang diluluskan di bawah subseksyen 8(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Dalam pengumuman Bajet 2022, kerajaan juga telah mencadangkan kadar duti setem ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok tersenarai di Bursa Malaysia dikaji semula supaya ia dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.50 bagi setiap RM1,000 dan kenaan had duti setem RM200 bagi setiap nota kontrak berkaitan dimansuhkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.