nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sasar sedia 600,000 peluang kerja tahun ini

19 FEB: Semua pihak dan pelbagai institusi diharap supaya mendaftar dengan portal MYFutureJob yang menawarkan peluang-peluang kerjaya dan memastikan aktiviti pasaran buruh kekal aktif.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masing-masing perlu menggalakkan pelajar serta graduan mereka untuk mendaftar menerusi portal padanan kerja itu.

“Langkah ini akan membolehkan mereka peka dengan peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan pekerjaan lain yang ditawarkan seperti kaunseling kerjaya, program keboleh pekerjaan, karnival kerjaya dan sesi temuduga terbuka bersama majikan.

“Pencari kerja yang ingin mendapatkan perkhidmatan padanan pekerjaan juga kini boleh menghadirkan diri terus ke pusat-pusat MYFutureJobs di seluruh negara seperti di Pejabat PERKESO, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan juga Pusat Satelit MYFutureJobs di kawasan luar bandar dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Ismail Sabri berbual bersama salah seorang pencari kerja yang hadir di Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.

“Portal MYFutureJobs kini menempatkan lebih 465,379 pencari kerja dengan pekerjaan baharu, manakala kira-kira 57,791 orang perantisan yang terdiri daripada golongan pelajar dan graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera juga mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran negara dengan sasaran menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.

Beliau berkata untuk menjayakan matlamat itu, kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion memandangkan penciptaan peluang pekerjaan adalah teras utama di bawah Bajet 2022.

“Kerajaan turut komited membantu komuniti usahawan yang menggaji dan mencipta peluang pekerjaan, supaya dapat terus berkembang dan membina semula perniagaan melalui inisiatif Semarak Niaga bernilai RM40 bilion,” katanya.

Menurutnya, Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu Insentif Penggajian yang akan dilaksanakan oleh PERKESO dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan.

Kedua, katanya, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik Kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja.

“Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia) yang dilaksanakan HRD Corp dengan menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 orang pelatih,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.