nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti kahwin mutaah diramal retak dan berpecah

11 MEI: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kerjasama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai kahwin mutaah meramalkan PAS dan BERSATU akan retak dan berpecah.

Malah kata Timbalan Perdana Menteri itu, ada parti yang akan ditendang dan diterajang seperti dilakukan terhadap UMNO dahulu.

“Kita dengar perkahwinan muta’ah oleh kedua-dua pihak (PAS dan BERSATU) pasti dalam bentuk sementara. Kita tunggulah apabila retak menjadi belah,” kata Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-77 UMNO di ibu negara malam ini, manakala dalam perutusannya sebelum itu, beliau menegaskan UMNO pernah menjadi ‘mangsa’ ketika bersama PAS dalam Muafakat Nasional.

“Kita sudah cuba atas nama piagam dan Muafakat Nasional, tapi parti itu dengan siapa pun, apabila dia bersekongkol, pasti parti (yang bersama) itu akan ditendang dan diterajang, termasuk kita dulu.

“Saya yakin gabungan parti yang disertai parti itu sekarang ini pun, apabila kocakan mula berlaku, saya fikir tak lama lagi gabungan itu akan pecah dan rakan kongsi politik juga akan ditendang sebagaimana dia tendang kita,” katanya.

Mengenai Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan Ahad ini, Ahmad Zahid berkata, satu pertemuan membabitkan 148 Ahli Parlimen kerajaan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Konvensyen akan bermula dari pagi, akan ada pertemuan dalam kalangan Puteri dan Pemuda pelbagai parti. Tengah hari, kami akan pertemukan 148 Ahli Parlimen yang mendokong kerajaan untuk bertemu Perdana Menteri.

Katanya, tentu ada amanat penting yang akan diberikan Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

Berhubung rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata, BN sudah melantik Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai rundingan dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya menyerahkan kebijaksanaan perundingan ini kepada Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN untuk menentukan bahawa kebijaksanaan itu diterjemah dengan sebaik-baiknya. Kita akan menerima apa saja pandangan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.