nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perdana Menteri iktiraf peranan Zahid bentuk Kerajaan Perpaduan

14 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka mengiktiraf peranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam memastikan Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketika menyampaikan amanat di hadapan pimpinan kanan dan ribuan perwakilan daripada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Anwar yakin sejarah pembentukan kerajaan dan perjalanan politik negara pasca PRU15 pasti berbeza jika Ahmad Zahid tidak berperanan memastikan semua 26 Ahli Parlimen UMNO menyokong usaha itu.

“Saya tahu, saudara Ahmad Zahid ini antara yang paling kuat diserang, termasuk kepada saya tapi saya nak beritahu.

“Kalaulah tidak kerana komitmen saudara Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dan dukungan ahli-ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tentu berubah, jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO,” katanya.

Tegas, selain peranan Yang di Pertuan Agong yang mahu melihat kerajaan yang mengenepikan politik, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga menjadi faktor penentu kepada pembentukan kerajaan.

Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar yang menyampaikan Amanat Perdana sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 itu
turut menzahirkan penghargaan kepada 19 parti yang sanggup mengenepikan perbezaan dan permusuhan sejak puluhan tahun hingga membolehkan Kerajaan Perpaduan terbentuk selepas Parlimen tergantung pasca PRU15.

Menurut beliau, semua parti itu berjaya mencari matlamat sama dalam penggabungan iaitu meninggalkan kekacauan dan kerosakan lama bagi membentuk Malaysia baharu yang berteraskan prinsip MADANI serta tamadun bangsa dan negara.

“Tanpa komitmen yang ditunjukkan, yang sanggup meleburkan pertarungan dan kehangatan pertarungan lalu, sanggup meleburkan dan memaafkan kenyataan yang terkeluar dalam keadaan suhu politik yang hangat, fobia terhadap parti-parti.

“Kalau tidak ada semangat sedemikian, tidak mungkin kita dapat wujudkan Kerajaan Perpaduan yang mantap ketika ini,” katanya.

Konvensyen sehari itu adalah yang pertama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada November lalu dan diadakan secara serentak dengan Konvensyen Wanita, Pemuda dan Puteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.