nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berkempen ketika P&P, guru boleh dikenakan tindakan

16 Ogos : Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada guru yang dikenal pasti menggunakan waktu pembelajaran (P&P) untuk terbabit dalam kempen atau media sosial.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan orang awam dan ibu bapa boleh memajukan aduan kerana tidak ada kebenaran khas diberikan untuk penjawat awam yang menggunakan waktu bertugas untuk berkempen.

“Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap guru yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“Setiap aduan yang diajukan mengikut saluran SISSPA dan lain-lain telah pun diambil tindakan oleh unit integriti. Hinaan dan cacian yang menyentuh isu 3R (raja, agama dan bangsa) juga akan disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui maklum balas berhubung 14 isu yang disentuh melalui hantaran ‘Respons Warkah’ yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Berkenaan isu fahaman ekstrem dan pendekatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menerapkan nilai karamah insaniah di dalam premis pendidikan.

Tindakan tatatertib juga bakal dikenakan kepada mana-mana guru di bawah perjawatan KPM jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Berhubung lantikan pentadbir sekolah yang tidak mengikut saluran, mana-mana negeri yang menerima makluman dan butiran berkenaan isu berkenaan diminta tampil untuk memberikan butiran.

“Ibu bapa dan guru sentiasa mahukan ketelusan dalam memposisikan pasukan pentadbiran di peringkat sekolah dan wajib mengikut kapasiti yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menyentuh isu guru yang tidak menyokong kerajaan serta mengajak murid untuk turut sama tidak menyokong.

“Guru-guru adalah barisan hadapan dalam membangun pendidikan manusiawi dan agenda Malaysia Madani.

“Jika terdapat mana-mana pihak yang dilihat membuat sabotaj dalaman dan indoktrinisasi yang tidak sihat, pentadbir diminta untuk ambil tindakan tuntas.

“PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) juga mampu berperanan dalam menjadi jambatan informasi dan aduan oleh murid,” katanya.

Berhubung isu pemimpin parti memegang jawatan di KPM, PPD dan JPN beliau memohon mana-mana pihak yang menerima butiran dan lampiran sebagai dokumen sokongan, untuk berkongsi melalui pautan https://fadhlinasidek.com/kami-pro-mendengar/.

Mengenai hal berkaitan dakwaan ada guru ditindas pegawai perkhidmatan pendidikan daerah dan negeri, Fadhlina berharap warga pendidik memahami komitmen dalam memastikan Teras Pertama: Komunikasi boleh diperbaiki dan ditambah baik adalah satu tekad dalam perkhidmatan KPM.

Fadhlina  turut menyediakan laluan aduan khusus melalui laman web supaya setiap individu dapat membuat aduan tanpa khuatir mereka akan dikenakan tindakan.

Beliau mengingatkan semua penjawat awam supaya sentiasa menggalas agenda dibawa kerajaan yang memerintah bagi memastikan pelaksanaan dan perencanaan agenda pendidikan mampu mengikut landasan digariskan.

“Kami ambil tanggungjawab penuh dan akan menggiatkan lagi aktiviti yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan demi memastikan agenda Malaysa MADANI dapat dijayakan. Semua komentar dan saranan diraikan di segenap peringkat.

“Berhubung Program Pengisian Guru dan Dasar Kerajaan MADANI, Institut Aminuddin Baki telah pun menganjurkan Program Seminar Membangunkan Malaysia MADANI yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan.

“Namun, masih boleh ditambah baik di peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.