nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tak wajar halang pengenalan modul hadis di sekolah : Mufti

28 OGOS: Cadangan memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah diharap mampu melahirkan generasi umat Islam yang lebih terbuka terhadap kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam kalangan warga Malaysia.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata usaha tersebut tidak wajar ditentang seperti yang dilakukan beberapa pihak sebaliknya perlu mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai modul tersebut terlebih dahulu.

“Pihak yang menentang cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperkenal modul penghayatan hadis 40 karya Imam Nawawi perlu mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu tentang kandungan hadis-hadis yang terkandung di dalam koleksi tersebut.

“Tindakan memprotes cadangan tersebut tanpa usul periksa adalah tidak wajar sama sekali. Apa lagi jika bantahan ini didorong oleh niat untuk meraih kepentingan politik murahan dengan meminggirkan kepentingan negara dan rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Wan Salim menambah, modul berkenaan hanya disasarkan kepada guru dan pelajar beragama Islam di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Justeru, pihak yang membantah cadangan tersebut perlu memberi perhatian kepada penjelasan yang diberikan oleh KPM dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlebih dahulu.

“Tujuan memperkenalkan modul ini adalah untuk memupuk semangat ihsan (kebajikan) dan kasih sayang antara manusia tanpa mengira latar belakang keturunan, agama dan budaya.

“Tujuan berkenaan diharap boleh dicapai menerusi kefahaman yang betul tentang agama Islam sebagai agama rahmat selain menganjurkan sikap toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain, walaupun berbeza pegangan agama dan kebudayaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat Malaysia bukan beragama Islam perlu faham bahawa    kefahaman yang salah terhadap ajaran-ajaran Islam adalah berpunca dari pandangan ekstrem dan  sikap segelintir umat Islam yang kurang memahami ajaran Islam.

“Kumpulan-kumpulan seperti Da’ish yang memperjuangkan penubuhan negara Islam di Iraq dan Sham (Siria-Lubnan) dengan sewenang-wenangnya membunuh sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka adalah disebabkan kefahaman mereka yang salah terhadap ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Terdahulu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan akan memulakan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang.

Menurut KPM lagi, ia sebagai usaha memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan secara rintis melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 buah SMKA dan 228 buah SABK seluruh negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.