nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes DNNA Zahid: Rakyat berhak tahu penjelasan sebenar

8 SEPT : Rakyat Malaysia berhak mengetahui penjelasan lanjut berhubung keputusan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyalahkan rakyat yang inginkan penjelasan malah beliau juga turut meminta penjelasan lanjut daripada peguam negara pada (AG) waktu itu.

Namun, tegas beliau semua pihak tidak seharusnya melemparkan tuduhan kepada keputusan Mahkamah Tinggi tanpa membaca butiran ketetapan yang dibentangkan peguam negara terlebih dahulu.

“Jika kita baca 11 perkara yang dibentangkan di hadapan hakim dan hakim berpuas hati. Orang kata salahkan hakim atau nak bebankan hakim, tak ada. Itu proses begitu rupa.

“Saya tak fikir ini adil untuk jatuhkan hukuman kerana suka atau tak suka terhadap orang politik. Semua kes berbeza tapi banyak kes yang terlepas, sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan. Tapi bersabar dan baca.

“Jangan dengar tohmahan orang politik ini. Kadang-kadang dia ini ikut sedap kata saja. Jadi saya syorkan baca ketetapan daripada AG di hadapan hakim dan mengapa hakim kemudian bersetuju dengan usul. Ada yang mengatakan hakim tak ada pilihan. Itu tak benar,” katanya, selepas solat jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling, hari ini.

Menjawab tohmahan kerajaan pimpinannya meninggalkan prinsip reformasi, Anwar menafikan perkara tersebut dan meminta semua pihak menghentikan fitnah berkenaan.

“Seperti mana yang saya sebutkan berulang kali, boleh semak AG dulu dan sekarang, boleh semak ketua hakim negara dalam kes apa yang saya campur (tangan)? Tapi bila kena tokoh tertentu, jadi isu.

“Rakyat umumnya berhak ambil tahu dan jawapannya, perlu membaca kenyataan sepenuhnya. Tetapi janganlah fitnah. Janganlah kata ini arahan perdana menteri dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dan memberi arahan kepada Idrus dalam keputusan DNAA terhadap Zahid.

Katanya, beliau pastinya akan mengarahkan pembebasan terbabit hanya dibuat selepas selesai semua pilihan raya jika mempunyai kuasa menangguhkan keputusan mahkamah itu.

“Tapi saya nak jelaskan, tak ada arahan kepada peguam negara. Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan, kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis AGC (Pejabat Peguam Negara) yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.

“Beberapa fakta baharu setebal 200 halaman dikemukakan. Tentunya saya sebagai perdana menteri tahu kesan dari tuduhan yang dilemparkan. Saya terpaksa tanya panjang kepada AG (peguam negara) kenapa keputusannya begitu, kenapa sekarang.

“Tetapi kalau tanya saya…kalau saya ada kuasa, saya nak tangguh. Sebab apa? Sebab saya nak lepaskan semua pilihan raya, kemudian AG jalankanlah tetapi AG tak bersetuju. AG kata tarikh mahkamah ialah 4 haribulan dan 5 haribulan adalah hari akhir beliau.

“Jadi beliau jalankan tanggungjawab. Dia tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain. Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan sebahagiannya benar, sebahagiannya lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.