nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga minyak dunia tidak bebankan negara jika laksana subsidi bersasar

26 SEPT : Trend peningkatan harga minyak dunia dijangka akan berterusan namun ia tidak akan membebankan kerajaan sekiranya subsidi bersasar mula dilaksanakan tahun depan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan subsidi bersasar yang diperkenalkan kerajaan membantu mengurangkan beban kewangan negara, yang mana subsidi hanya diberi kepada golongan yang berkelayakan.

Katanya, jika harga minyak berterusan naik, tidak mustahil kerajaan akan terpaksa menanggung subsidi lebih banyak jika subsidi bersasar tidak diperkenalkan.

“Apa yang saya lihat, ada kemungkinan untuk mengelakkan beban negara menghadapi kenaikan harga minyak yang lebih tinggi, antaranya dari segi pemberian subsidi. Kerana kerajaan sudah pun mengumumkan perlaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat.

“Melalui subsidi bersasar ini, golongan tertentu sahaja yang akan mendapat subsidi minyak, dan apabila ini berlaku, maka kerajaan akan tidak lagi terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia kerana subsidi bukan lagi subsidi pukal ia lebih kepada bersasar,” katanya kepada BBC Portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penyelidikan Ekuiti Tenaga Eropah, Asia Barat dan Afrika JPMorgan, Christyan Malek berkenaan jangkaan harga minyak mentah Brent akan naik hingga mencecah AS$150 setong menjelang 2026.

Sebelum ini, Arab Saudi dilaporkan menarik keluar sejuta tong sehari daripada pasaran diikuti larangan eksport bahan api oleh Rusia.

Sekatan bekalan itu melonjakkan harga minyak dan menyumbang kepada kenaikan harga pengguna ditambah dengan permintaan bahan komoditi itu meningkat.

Susulan situasi itu juga, Razman menjelaskan sektor minyak dan gas Malaysia juga dijangka mengeluarkan banyak perbelanjaan modal yang turut memacu pendapatan negara.

Kata beliau, syarikat gergasi minyak seperti Petronas akan memperbanyakkan perbelanjaan untuk eksplorasi dan pengeluaran minyak (EP) yang seterusnya akan membantu syarikat-syarikat berkaitan minyak dan gas memperoleh banyak projek.

“Pada masa sama, kenaikan harga minyak dunia juga akan membolehkan kerajaan mendapat dividen lebih tinggi daripada Petronas,” katanya.

Namun, Razman turut berpendapat kenaikan harga minyak dunia akan turut meningkatkan kos sara hidup rakyat kerana kenaikan ini secara langsung akan menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya barangan keperluan asas dan perkhidmatan awam.

Katanya, kemungkinan peniaga industri akan melihat kos operasi mereka terutamanya kos pengangkutan seperti kos minyak akan meningkat.

“Apabila harga minyak meningkat, kos pengangkutan juga akan meningkat. Apabila kos pengangkutan meningkat, mereka terpaksa meletakkan harga barangan dan perkhidmatan lebih tinggi yang sekali gus akan memberi kesan kepada rakyat.

“Tidak dinafikan kenaikan harga minyak bakal memberi kesan besar terhadap kos sara hidup rakyat Malaysia tidak kira yang tinggal dalam kawasan bandar dan luar bandar serta majoriti perlu membuat perancangan dan pelarasan semula bajet bulanan,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.