nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rombakan Kabinet mungkin dalam masa terdekat

1 OKT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan rombakan Kabinet mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Jelasnya, rombakan itu dibuat susulan berlaku kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandang, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Mesti ada (rombakan Kabinet). Saya fikir dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, hari ini.

Ditanya desas-desus bakal dilantik mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika berlaku rombakan itu pula, Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Saya pun melihat poster begitu tetapi Perdana Menteri belum beritahu saya. Sebenarnya, pergi kementerian mana pun saya bersedia sebab yang penting ialah Kabinet membuat keputusan secara konsensus.

“Saya memegang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi pada masa sama, Perdana Menteri meletak saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, jawatankuasa peringkat tinggi serta pasukan petugas yang membabitkan pelbagai kementerian. Saya melakukan perkara itu demi kepentingan Kerajaan Perpaduan yang ada,” katanya.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2018 bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau membuat keputusan untuk menjelajah ke semua 191 bahagian UMNO seluruh negara bagi mengupas isu berkaitan parti, termasuk yang membabitkan perundangan dan politik.

“Ini penting… biar mereka (ahli UMNO) datang serta mendengar sendiri penjelasan daripada saya dan pasukan mengenai aspek politik, perundangan serta beberapa isu lain.

“Komunikasi melalui pendekatan tanpa lisan sangat penting… lebih penting jika ada sentuhan peribadi menerusi komunikasi lisan melalui pemimpin utama organisasi,” katanya.

Malah, katanya, beliau komited untuk bertemu ahli parti di setiap bahagian melalui pendekatan konservatif itu walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.