nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Baru 10 bulan, beri masa kerajaan bukti prestasi

2 OKT : Kerajaan Perpaduan wajar diberi masa secukupnya untuk membuktikan prestasi sebenar dalam mengurus tadbir negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata masa yang cukup adalah penting bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan kesepaduan mentadbir negara, di saat tekanan isu ekonomi global memberi tempias kepada negara ketika ini.

“Dalam tempoh 10 bulan kita berdepan ekonomi global yang besar. Kemudian kita juga berdepan cabaran untuk menyesuaikan bekerja dengan parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Contoh DAP, PKR, UMNO dan Amanah, ini semua antara transisi yang perlu kita lalui dan saya rasa. Jika bagi masa secukupnya hingga 2027, kita akan nampak dan boleh menilai keberkesanan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program jelajah mesra dan ziarah kasih masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi, Pahang pada Ahad.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata semua pihak termasuk pemimpin dalam kerajaan perlu menggalas tugas dan peranan sebaik mungkin untuk membantu negara.

Beliau turut  mengambil contoh dirinya yang kini menjadi Pengerusi  Backbenchers untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan selain dilantik sebagai pengerusi pasukan petugas 1MDB.

Dalam pada itu, Johari menegaskan mana-mana pihak termasuk parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan tidak boleh memaksa atau memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan rombakan Kabinet.

Katanya, Anwar memiliki kuasa yang mutlak  untuk merombak kabinet serta yakin perdana menteri itu mampu membuat keputusan yang baik bagi memastikan  kestabilan negara.

“Saya berpandangan dalam mana-mana kerajaan, perdana menteri mesti ada keputusan eksklusif. Kita tidak boleh memberi sebarang tekanan kepada perdana menteri sebab kita semua sudah memilih dia menjadi perdana menteri dan kita sokong dia.

“Dalam politik, apabila jadi perdana menteri, dia akan susun barisan dia  dan pasukan dia. Macam main bola, dia tak boleh main seorang kerana perlu ada pasukan.

“Begitu juga kerajaan, kena ada pasukan yang memiliki kepakaran masing-masing. Tetapi dia kena ambil masa menyesuaikan dari segi perjalanan kerajaan, sebab itu tidak boleh paksa perdana menteri lakukan sesuatu yang lain daripada apa yang beliau fikir lebih baik untuk negara, kita kena bagi masa kerana tempoh 10 bulan ini terlampau pendek untuk mentadbir kerajaan,” kata bekas Menteri Kewangan II itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.