nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada bulan madu untuk ahli Kabinet

13 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli Kabinet termasuk yang baharu dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu.

Sebaliknya Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semua ahli Kabinet perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, ahli Kabinet serta kerajaan juga dituntut segera menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.

Demikian antara pesanan dititipkan beliau pada mesyuarat pertama Kabinet baharu, pagi tadi.

“Dalam mesyuarat ini saya tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing. Mesyuarat juga mengutus penghargaan buat mantan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar atas sumbangan yang telah diberikan.

“Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Datuk Seri, Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu, pagi tadi.

Mesyuarat itu dihadiri semua ahli Kabinet termasuk yang baru dilantik iaitu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Perladangan dan Komoditi ,Datuk Seri Johari Ghani; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Semalam Anwar mengumumkan rombakan kabinet, yang menyaksikan pelantikan lima muka baharu bagi jawatan menteri dan timbalan menteri.

Rombakan Kabinet dan penyusunan semula kementerian melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital dipecahkan kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

Rombakan itu menyaksikan jumlah ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 kepada 31 manakala timbalan menteri bertambah daripada 27 kepada 29, sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.