nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM yakinkan pelabur Jepun, Malaysia punya dasar jelas

16 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur Jepun, Kerajaan MADANI mempunyai dasar yang sangat jelas untuk memacu pertumbuhan Malaysia meski baru berusia setahun.

Perkara itu dinyatakan Anwar pada persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Tokyo selepas pertemuan bersemuka dengan tiga syarikat utama Jepun.

“Kami sudah memikirkan cara bagaimana untuk menangani peralihan tenaga, termasuk tenaga boleh baharu di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu yang menggariskan apa yang ingin kami capai dan misi kami,” katanya yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Jepun.

Menurutnya, Malaysia juga sedang menumpukan kepada transformasi digital.

“Saya di sini untuk mendengar pandangan anda, tentang perkara yang perlu dilakukan untuk memudahkan atau mempercepatkan proses libat urus dan pelaburan,” katanya.

Anwar berkata, beliau kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang turut disertai 25 buah syarikat.

Termasuklah Pengasas Shinzen Energy,Masaya Hasegawa; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rohto Pharmaceutical, Kunio Yamada; Pegawai Eksekutif Kanan Denso Corporation, Hidehiro Yokoo; Presiden Eneos Holdings, Takeshi Saito dan Pengerusi Toyota Tsusho Corporation, Nobuhiko Murakami.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan pertemuan dengan eksekutif kanan tiga syarikat multinasional utama Jepun iaitu Rohm Wako Co. Ltd yang diketuai pengerusinya, Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh Naib Presiden Kanan Matsuki Toshiya serta Mitsui & Co oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenichi Hori.

Semasa pertemuan itu, beliau memberi jaminan bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia.

Anwar sempat berterima kasih kepada Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) Malaysia kerana membantu mengatur mesyuarat dan sesi persidangan meja bulat hari ini yang memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau.

Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.

Pada 2022, perdagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM181.51 bilion (AS$41.21 bilion) atau 6.4% daripada keseluruhan jumlah perdagangan negara.

Setakat Jun 2023, sejumlah 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (AS$27.43 bilion).

*Foto : SADIQ ASYRAF/ Prime Minister’s Office of Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.