20 JUN : Dewan Rakyat sudah menerima pemakluman bagi mengesahkan kedudukan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan perkara itu, hari ini.
Johari berkata terdapat beberapa tempat duduk Ahli Parlimen pada sesi Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang dijadual Isnin ini.
Kataanya, perubahan itu termasuk melibatkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu atas permintaan beliau sendiri.
“Saya sudah terima surat yang mengesahkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan beberapa pertukaran tempat duduk ahli Parlimen….itu sahaja,” katanya, lapor BH.
Hamzah kembali dilantik sebagai Ketua Pembangkang baru-baru ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dipilih menggantikan Hamzah sebelum ini yang meletakkan jawatan susulan dipecat Bersatu.
Laman web Parlimen menunjukkan pertukaran tempat duduk di Blok G selaku Ketua Pembangkang bersebelahan Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi PN.
Sementara Muhyiddin yang sebelum ini duduk di sebelah Hamzah dipindahkan ke Blok E bersebelahan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.