nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid jumpa ADUN BN Negeri Sembilan dalam masa terdekat

29 APR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Pengesahan itu dibuat Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menurut Fahmi, perkara itu dimaklumkan sendiri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO kepada Kabinet pada mesyuarat itu.

“Berhubung kedudukan ADUN-ADUN BN di Negeri Sembilan, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada jemaah menteri bahawa beliau akan mengadakan pertemuan bersama dengan ADUN tersebut dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berhubung urusan adat.

“Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa. Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berhubung urusan adat.

“Jemaah menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa,” katanya.

Selain itu, katanya, turut dibangkitkan beberapa perkara berkait perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, semalam.

Fahmi berkata Anwar juga menegaskan agar segala acara rasmi, bengkel dan aktiviti-aktiviti besar yang dilaksana harus pada skala sederhana sama ada oleh kementerian, agensi dan badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Pada Isnin, 14 ADUN mengumumkan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sembilan selepas hilang kepercayaan terhadap Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.