nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC pantau pematuhan platform media sosial terhadap had umur

4 OGOS : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau pematuhan platform media sosial terhadap Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) bagi memastikan syarat minimum umur 16 tahun untuk memiliki akaun dipatuhi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan MCMC turut mengeluarkan notis bertulis di bawah Subseksyen 30(2) Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) kepada penyedia perkhidmatan media sosial bagi mendapatkan penjelasan berhubung ketidakpatuhan termasuk pelaksanaan mekanisme pengesahan umur.

“Bagi memastikan pematuhan, MCMC sedang memantau pelaksanaan CPC oleh Pemberi Perkhidmatan Berlesen. MCMC telah mengeluarkan notis bertulis di bawah subseksyen 30(2) Akta 866 kepada penyedia perkhidmatan media sosial bagi mendapatkan penjelasan berhubung ketidakpatuhan dan langkah pelaksanaan mekanisme pengesahan umur.

“Di samping itu, MCMC turut mengadakan beberapa sesi penerangan bagi memastikan keperluan CPC dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan yang disiar di laman sesawang Parlimen, hari inis.

Fahmi menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Akta 866 serta CPC dalam melindungi kanak-kanak daripada buli siber, eksploitasi seksual, kandungan berbahaya dan ketagihan media sosial.

Akta 866 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 sementara CPC bersama Kod Pengurangan Risiko (RMC) pula mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata CPC menetapkan tanggungjawab kepada Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP) serta Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) untuk menyediakan persekitaran digital lebih selamat kepada kanak-kanak.

“Bagi memastikan keberkesanan dan akauntabiliti pelaksanaan CPC, Pemberi Perkhidmatan Berlesen diwajibkan melaksanakan pelbagai langkah perlindungan, termasuk mekanisme pengesahan umur, penyederhanaan kandungan, kawalan ibu bapa, tetapan privasi dan keselamatan, sistem carian dan saranan yang selamat serta langkah-langkah kebertanggungjawaban penyedia perkhidmatan.

“Di bawah CPC, Pemberi Perkhidmatan Berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur bagi memastikan hanya individu yang berumur 16 tahun dan ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun media sosial.

“Pengesahan umur hendaklah dilaksanakan menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport, sijil kelahiran atau dokumen lain yang diiktiraf,” katanya.

Menurutnya, Akta 866 memperuntukkan tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan berlesen yang gagal mematuhi peruntukan ditetapkan.

“Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, Akta 866 memperuntukkan tindakan penguatkuasaan yang tegas. Pemberi Perkhidmatan Berlesen yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta serta denda tambahan RM100,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan.

“MCMC juga boleh mengeluarkan Notis Ketidakpatuhan dan mengenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta mengikut peruntukan Akta tersebut.

“Kerajaan akan terus memastikan Akta 866 dan CPC dilaksanakan secara berkesan melalui pemantauan berterusan, penguatkuasaan yang tegas serta memperkukuh akauntabiliti Pemberi Perkhidmatan Berlesen bagi mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat dan melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.