nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Irene Sofiya: ‘Jangan tambah luka dengan spekulasi’

5 OKT : “Jangan tambah luka dengan spekulasi.”

Itu penegasan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek ketika menafikan beberapa dakwaan yang tular di media sosial berhubung kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Beliau menafikan dakwaan kononnya Irene Sofiya diheret dari surau ke dewan sekolah sebelum ditemukan maut, selain menafikan dakwaan terdapat cermin pecah di surau yang dikaitkan dengan kejadian itu.

“Jadi, ini semua tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.

“Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kelmarin, Irene Sofiya ditemukan nenekya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah di dalam dewan sekolah kira-kira 5.50 petang Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai berada di sekolah bagi mengikuti kelas tambahan dan ditemui selepas tidak pulang ke rumah.

Susulan itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad, Yong Peng, kira-kira 7.50 malam semalam dengan lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekolah, guru dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata lokasi Irene Sofiya ditemukan maut tidak mempunyai kemudahan kamera litar tertutup (CCTV), walaupun sekolah berkenaan mempunyai CCTV di kawasan lain.

“Jadi, kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus. Selain daripada fasa (tambah CTV), mana-mana sekolah yang sudah pun mempunyai CCTV dan CCTV itu tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik dan ambil tindakan supaya ia berfungsi untuk merakam serta merekodkan kejadian di sekolah,” katanya.

Setakat ini, motif kejadian masih belum didedahkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.