nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Badan Peguam, Tony Pua jangan cetus polemik – Wan Rosdy

KENYATAAN MEDIA
NAIB PRESIDEN UMNO

Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan peluang menjalani baki tempoh hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan di rumah, selaras dengan keputusan pengampunan diraja.

Kita perlu memahami bahawa permohonan pengampunan merupakan hak yang diperuntukkan kepada setiap individu yang sedang menjalani hukuman. Dalam hal ini, permohonan Datuk Seri Najib telah melalui proses dan pertimbangan pihak berautoriti, termasuk Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, keputusan yang dibuat melalui saluran perlembagaan dan mendapat perkenan diraja sewajarnya dihormati oleh semua pihak.

Dalam pada itu, saya kesal dengan tindakan Majlis Peguam yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah Datuk Seri Najib. Saya menggesa Majlis Peguam supaya tidak meneruskan tindakan yang boleh mencetuskan polemik serta menjejaskan penghormatan terhadap institusi diraja.

Pada masa yang sama, saya turut membidas hantaran Tony Pua di media sosial yang dilihat memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan dan menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat hantaran tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang.

Perlu ditegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan serta peranan yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan institusi diraja atau memainkan sentimen 3R sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

Hormatilah prerogatif diraja, peliharalah kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu dan pertahankan keluhuran perlembagaan.

DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL
NAIB PRESIDEN UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.