nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 program utama lonjak pencapaian Orang Asli

4 NOV: Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa komited melahirkan pencapaian pendidikan dan kemahiran supaya selari dengan arus perdana berdasarkan Pelan Strategik JAKOA dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11).

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pendekatan JAKAO adalah melalui lima program iaitu pertama menerusi pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Dr Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Bersatu Mersing, berkata program kedua adalah bertujuan meningkatkan pembangunan modal insan dan kecemerlangan akademik dalam kalangan masyarakat Orang Asli dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ketiga ialah program Jejak Siswa yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), keempat pembangunan minda insan dan kelima latihan kemahiran kerjaya dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institusi kemahiran di bawah kementerian ini ,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias yang meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah perancangan yang dirangka oleh kementerian bagi melahirkan lebih ramai golongan
profesional di kalangan masyarakat Orang Asli.

Murid-murid Orang Asli di sebuah Tabika Kemas

Dr Abdul Latiff berkata mengikut stastik jumlah anak Orang Asli yang berkhidmat sebagai profesional dalam sektor awam semakin meningkat iaitu daripada 1,414 pada 2010 kepada 3,820 atau peningkatan lebih 60 peratus pada 2020.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, memberitahu Dewan Rakyat bahawa Projek Perumahan Generasi Kedua FELCRA Changkat Lada, Perak, dijangka siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada pembelianya, pada suku pertama 2021.

Abdul Rahman berkata projek Perumahan Generasi Kedua FELCRA Changkat Lada adalah projek komersial membabitkan pembinaan 710 rumah mampu milik bernilai dari RM128,888 hingga RM317,888 seunit di mana pembinaan dimulakan pada 2014.

Katanya, Kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM100 juta di mana RM29 juta daripada peruntukan infrastruktuk dibiayai oleh KPLB, manakala RM71 juta adalah peruntukan bagi pembinaan rumah ditanggung oleh FELCRA Berhad.

“Projek ini dijadualkan siap pada 2018 namun sehingga kini projek ini belum dapat disiapkan dan diserahkan oleh kontraktor kepada FELCRA Berhad.

“Ini kerana pihak kontraktor masih berurusan dengan pihak berkuasa bagi memenuhi kehendak pengeluaran Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) iaitu tenaga nasional berhad, telekom Malaysia berhad, Lembaga Air Perak, IndahWater Konsortium dan Majlis Daerah Perak Tengah. Sehingga kini daripada lima hanya dua agensi memberikan kelulusan iaitu TMB dan TNB,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BN Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan status projek perumahan generasi kedua FELCRA Changkat Lada, Seberang Perak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.