nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

935 kes baru, Sabah kembali tertinggi

26 NOV: Kes baharu COVID-19 mencatatkan sebanyak 935 kes hari ini dengan Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan terus menjadi tiga negeri yang menyumbang kes tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes atau bersamaan 34.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya, ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus).

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,348 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu katanya, sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 348 kes.

“Ketuga-tiga kes kematian dilaporkan di Sabah iaitu masing-masing satu di Hospital Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak 103 kes yang dilaporkan hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (5 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,555 kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Negeri lain yang melaporkan kes baru COVID-19 adalah Perak dengan 79 kes, Johor (60), Kuala Lumpur (59), Kelantan (28), Kedah (24), Pulau Pinang (17), Labuan (13), Putrajaya (5), Sarawak (4) dan Terengganu, satu kes.

Pahang, Melaka dan Perlis mencatatkan sifar kes positif hari ini. – Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.