nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

71 individu ditahan polis ingkar arahan PKPP

2 JULAI: Seramai 71 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan daripada jumlah itu, 29 individu telah direman manakala 42 orang lagi dikompaun.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 34 individu ditahan kerana menyertai aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang lain termasuk 12 aktiviti karaoke atau pusat hiburan, empat aktiviti pub atau kelab malam, tujuh aktiviti refleksologi atau urut dan 14 aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Sementara itu, beliau menambah, sebanyak 16 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen dalam 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng melibatkan 41,775 kenderaan di seluruh negara semalam.

Berhubung operasi sanitasi awam, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 15 operasi sanitasi dilakukan semalam dengan meliputi 13 Zon di empat negeri antaranya Sabah (11 operasi), Sarawak (2 operasi), Wilayah Persekutuan dan Melaka (1 operasi).

Secara keseluruhan, menurut beliau sebanyak 9,082 operasi sanitasi merangkumi 134 zon dijalankan sejak 30 Mac lalu.

“Sebanyak 12,613 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,679 pusat perniagaan, 5,469 bangunan kerajaan, 1,591 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,520 tempat awam dan 354
pasar raya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyatakan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 53 tapak binaan di seluruh negara semalam yang melibatkan 89 penguat kuasa.

“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 38 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan dan 5 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 10 tapak
binaan tidak beroperasi.

“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,660 tapak binaan manakala 484 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran,” ujarnya.

Beliau berkata, penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.