nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan setuju mansuh kesalahan cubaan bunuh diri

7 OKT: Pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, berkaitan kes cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah sudah mendapat persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata cadangan pemansuhan undang-undang itu di peringkat untuk dibawa ke Kabinet bagi diputuskan.

“(Proses) seterusnya adalah untuk membuat pindaan kepada Seksyen 309 supaya mereka yang membunuh atau cuba membunuh diri tidak disabitkan kesalahan lagi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyegerakan proses bagi memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai jenayah dan sejauh mana ia akan mengurangkan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat.

AARON

Menjawab soalan asal Che Alias mengenai strategi jangka panjang Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengatasi peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat akibat tekanan yang dihadapi ketika pandemik COVID-19, Aaron memaklumkan, KKM akan melancarkan Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental (2020-2025) pada 10 Oktober ini sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

“Pelan itu menggariskan strategi yang jelas bagi mencegah isu tingkah laku bunuh diri dan memfokuskan kepada kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mempromosi kesihatan mental kepada kumpulan sasar, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental dan strategi pencegahan bunuh diri serta kesiapsiagaan kesihatan mental dalam menghadapi kecemasan, krisis dan bencana,” katanya.

Beliau berkata, strategi lain termasuk pengukuhan pelaksanaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial menerusi pengukuhan Talian Bantuan Sokongan Psikososial dan pertambahan pegawai psikologi kaunseling dan pegawai kerja sosial di peringkat komuniti.

Selain itu, katanya melaksanakan advokasi kesihatan mental kepada kumpulan sasar dan masyarakat, mengukuhkan program kesihatan mental di peringkat komuniti, meningkatkan kemahiran pengendalian tingkah laku bunuh diri serta mempergiat sesi libat urus.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.