nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Desak Zahid turun: Fahmi seru pimpinan parti kerajaan bersabar

19 Ogos : Susulan desakan pimpinan UMNO-BN yang mahu Presiden mereka meletakkan jawatan kerana prestasi pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, PKR menyeru agar pimpinan di semua peringkat bersabar.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil berkata saat ini semua parti sedang melakukan bedah siasat bagi mendapatkan data yang tepat.

“Saya lihat sekarang ini semua parti dalam proses melakukan post-mortem untuk dapatkan data, untuk dapatkan maklumat, maklum balas sama ada di peringkat tertinggi sampai ke peringkat akar umbi.

“Sudah pasti semua parti akan melakukan muhasabah mengambil ibrah (pengajaran) dan juga merangka jalan ke depan.

“Jadi insya-Allah bila tiba masannya kita akan lakukan penambahbaikan seperti yang nanti kita akan kenal pasti melalui post mortem. Saya serah kepada pimpinan nanti untuk tentukan,” katanya ketika ditemui pada Program ‘Wangsa Maju Kita Punya’ di Tasik Danau Kota, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan kemelut dalaman susulan prestasi buruk yang dialami pada PRN yang lepas.

Sejak PRN selesai, beberapa pihak di dalam UMNO membuat desakan agar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dalam UMNO dan BN susulan kekalahan teruk yang dialami.

UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRN baru-baru ini hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandinginya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada masih terdapat pihak yang cuba memainkan isu yang melibatkan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum), Fahmi berkata ketika ini perkara itu tidak berlaku.

“Baru-baru ini selepas kita lihat tamatnya PRN ada beberapa isu yang timbul contohnya, dakwaan Ambalat telah diserahkan kepada Indonesia yang jelas tidak benaR.

“…dan juga kerajaan negeri Selangor berhasrat untuk tutup 200 sekolah agama, juga dijelas oleh Menteri Agama sebagai satu perkara yang fitnah.

“Tapi, itu bersifat fitnah bukan 3R. Namun, saya percaya pihak PDRM mungkin ada maklumat yang lebih tepat dan kita serah kepada PDRM untuk memberikan penjelasan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.