nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masalah kewangan Imtiaz meruncing sejak akaun Yayasan Akal Budi dibekukan

31 MEI: Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (Imtiaz) kini berdepan masalah kewangan yang semakin meruncing selepas pihak berkuasa membekukan akaun milik Yayasan Akal Budi pada Julai 2018.

Pengetuanya, Azharizan Yaacob berkata, Imtiaz bergantung kepada dana daripada Yayasan Akal Budi untuk membiayai pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan termasuk menanggung kos operasi serta pengurusan.

“Kami sentiasa berharap dan berdoa serta melakukan solat hajat supaya akaun Yayasan Akal Budi dicairkan demi anak bangsa kita ataupun sekolah ini akan hanya tinggal kenangan.

“Justeru itu, kami berharap kepada pihak berwajib serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar harapan dan rintihan kami dalam memperjuangkan nasib anak bangsa dan agama,” katanya.

Imtiaz
Yayasan Akal Budi yang diasaskan Ahmad Zahid merupakan penyumbang dana utama kepada Imtiaz. Gambar: Blog Ahmad Zahid Hamidi

Imtiaz merupakan institusi pendidikan yang diasaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada 25 Mei 2012.

Pada peringkat awal penubuhannya, semua kos operasi sekolah berkenaan termasuk emolumen kakitangan, kos makanan pelajar, kos utiliti, dan perbelanjaan aktiviti pelajar adalah ditanggung sepenuhnya oleh Ahmad Zahid melalui Yayasan Akal Budi, selain daripada kutipan yuran pelajar.

Yayasan Akal Budi tidak dapat meneruskan penyaluran dana kepada Imtiaz selepas akaunnya dibekukan berikutan kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.

Azharizan menyatakan beliau tidak tahu berapa lama Imtiaz mampu bertahan selagi perintah pembekuan akaun Yayasan Akal Budi masih berkuat kuasa.

“Kami tidak pasti berapa lama lagi boleh bertahan dengan situasi hari ini tetapi kami sentiasa diberi kata-kata semangat daripada Ayahanda Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam meneruskan perjuangan dan menempuh ujian ini.

“Setiap ujian diberi pasti ada pertolongan dari Allah SWT, setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya dan hanya insan yang terpilih sahaja yang dianugerahkan Allah SWT untuk melaluinya,” jelasnya.

Pada masa ini, kata beliau, antara langkah diambil pengurusan Imtiaz bagi mengangani masalah kewangan adalah pemotongan elaun guru dan kakitangan setiap bulan mulai tahun 2019.

Selain itu, Azharizan berkata, pengurusan Imtiaz telah mengurangkan kadar kekerapan makanan pelajar daripada enam kali sehari kepada lima kali sehari bagi menjimatkan kos operasi dan perbelanjaan.

Tambahnya, pihak pengurusan Imtiaz juga mengehadkan penggunaan pendingin hawa di dalam kelas dan tempat lain kecuali bagi program keraian rasmi sahaja.

“Kita juga mengurangkan penganjuran program dan aktiviti luar pelajar dikurangkan bagi mengurangkan kos serta memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dengan nisbah pelajar sedia ada.

“Malah, segala urusan pemotongan gaji guru dan pengurusan bekalan makanan kini diuruskan oleh Jemaah Pengelola Sekolah bagi menjimatkan kos operasi,” katanya.

Justeru, Azharizan mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada daripada syarikat korporat dan individu bagi membantu Imtiaz meneruskan operasi sekali gus menjayakan objektifnya dalam melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang cemerlang di dunia dan akhirat. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.