nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bayaran GKP RM1.46 bilion mula diagih bulan ini

17 JUN: Sejumlah RM1.46 bilion akan dibayar kepada seramai 488,587 pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang diluluskan pada 31 Mei lalu.

Merujuk kepada kenyataan media Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana), Kementerian Kewangan, semalam, bagi 35,859 permohonan yang diluluskan selepas disemak lanjut pada 5 Jun lalu, pembayaran akan dibuat mulai 29 Jun ini melibatkan nilai RM107.57 juta.

“Setiap permohonan lulus akan menerima geran RM3,000,” jelas Laksana.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pula, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima 191,000 rayuan antara 11 dan 31 Mei lalu dengan 181,000 daripada permohonan itu telah diluluskan.

Pembayaran BPN melibatkan nilai RM162 juta akan dilakukan secara sekali gus pada akhir bulan ini.

Berhubung moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan, Laksana memberitahu, insiatif tersebut melibatkan nilai RM40 bilion sejak 1 April hingga 12 Jun lalu.

Sementara itu, setakat 12 Jun lalu, pelaksanaan program subsidi upah dan subsidi upah ditambah baik menyaksikan sebanyak RM4.08 bilion telah diluluskan kepada 295,265 majikan yang memanfaatkan lebih 2.31 juta pekerja iaitu peningkatan RM80 juta daripada minggu sebelumnya.

LAKSANA turut menyatakan, bagi Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga 12 Jun, sebanyak 31,400 permohonan telah diterima dengan kelulusan kepada 7,194 permohonan bernilai RM47.9 juta bagi caruman KWSP majikan, meningkat berbanding RM42.9 juta minggu lalu.

“Bagi dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM), permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS sehingga 12 Jun adalah RM7.8 bilion,” jelas Laksana.

Jumlah yang merangkumi dana Kemudahan Bantuan Khas dan Kemudahan Agromakanan itu akan memberi manfaat kepada sebanyak 18,449 PKS.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.