nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tong kosong bunyinya bingit, menyakitkan telinga

Oleh: HUSSAINI AMRAN

SEJAK dari 23 September lagi, ramai pemerhati politik tanah air menjangkakan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen yang ‘kukuh dan meyakinkan’ tidak lebih daripada sekadar ketukan tong kosong.

Bunyinya memang kuat lagi bingit tetapi isinya tiada. Sekadar ingin membuat kecoh untuk menarik perhatian rakyat terhadap angan-angan yang semakin jauh tidak kesampaian.

Maka, tidak menghairankan apabila hari ini Anwar gagal mempersembahkan senarai nama lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kegagalan itu juga boleh dijangka memandangkan Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak pernah mendedahkan senarai nama mereka yang dikatakan bersedia bersekongkol dengannya dalam komplot menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berulang-ulang kali Anwar didesak untuk berbuat demikian termasuk oleh sebahagian besar rakyat yang semakin meluat dengan sandiwara politik tidak berkesudahan yang dimainkannya.

Yang keluar cuma senarai sekumpulan Ahli Parlimen seperti yang disiarkan oleh sebuah portal yang tidak diketahui asal-usulnya dan poster karut ‘Kabinet bayangan’ Anwar.

Tiada apa yang konkrit melainkan propaganda palsu yang disebarkan oleh tentera-tentera siber pembangkang yang sudah kegersangan idea untuk memulihkan defisit kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Malangnya, taktik kotor itu memakan diri apabila satu demi satu Ahli Parlimen yang disenaraikan membuat penafian dan sebahagian daripada mereka seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Nazlan Idris membuat laporan polis.

Malah, Ahli-Ahli Parlimen dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menyokong Anwar.

Jika begitu keadaannya, dari mana datangnya lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar?

Selagi Anwar tidak menyiarkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen terbabit, tiada siapa pun akan mempercayai dakwaannya.

Lama kelamaan, Anwar dan partinya, PKR tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana bukan sekali beliau membuat dakwaan yang mengelirukan tentang jumlah sokongan yang diterima.

Eloklah Anwar bermuhasabah diri serta salah dan silap dalam dirinya yang menyebabkan harapan bergelar Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu masih belum dikabulkan.

Penulis ialah Penolong Pengarang Berita PN BBC Portal

Get real time updates directly on you device, subscribe now.