nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jual aset di Azerbaijan tiada kaitan bayaran dividen

27 OKT: Penjualan aset PETRONAS di Azerbaijan sama sekali tidak berkait secara langsung atau tidak langsung dengan keperluan untuk membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kelulusan bagi penjualan aset Azerbaijan telah dibuat pada 1 Oktober 2021 setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah anak syarikat PETRONAS, iaitu PETRONAS International Corporation Ltd.

Beliau berkata penjualan aset gas di Azerbaijan adalah sebahagian daripada usaha penilaian semula aset dan portfolio perniagaan PETRONAS yang dilaksanakan secara berterusan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian komersial jangka masa panjang, serta pemampatan kos untuk menjamin daya tahan dan kecemerlangan operasi serta komersial.

“Langkah-langkah ini perlu diambil bagi mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh. Dalam hal ini, bukan sahaja aset di Azerbaijan yang terlibat, malah aset-aset lain yang telah memenuhi potensinya turut diberi pertimbangan, sama ada untuk dijual, atau untuk dikurangan pemilikan aset,” katanya dalam ucapannya di Parlimen hari ini.

MUSTAPA

Mustapa berkata demikian ketika menjawab persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang berbunyi;

“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021”.

Berikutan itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen BERSATU-Jeli, menegaskan kerajaan sekeras-kerasnya menolak andaian Ahli Parlimen PH-Port Dickson bahawa terdapat hubung kait di antara penjualan aset tersebut dengan keperluan membayar dividen.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata keputusan yang diambil oleh PETRONAS adalah bertepatan dengan strategi kumpulan untuk memastikan portfolio huluan yang berfokus, berdaya saing dan mampan.

Beliau berkata aset di Azerbaijan telah dikenal pasti sebagai salah satu aset untuk dijual atau dengan izin, ‘candidate for exit sejak tahun 2019 lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata proses jualan mengambil masa untuk memastikan harga penjualan aset dapat memberikan nilai yang wajar dan berpatutan kepada PETRONAS.

Katanya, tahun 2020 adalah tahun yang amat mencabar dan penjualan aset di Azerbaijan tahun lalu sudah pasti tidak sesuai.

“Penjualan aset ini juga adalah selari dengan strategi tiga serampang PETRONAS iaitu memaksimumkan penjanaan aliran tunai (cash generation); mengembangkan perniagaan teras dan menceburi sektor perniagaan baharu.

“Tambahan pula, pembayaran dividen PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan penilaian yang teliti oleh Lembaga PETRONAS. Pembayaran dividen adalah berdasarkan keadaan dan prestasi kewangan semasa.

“Dalam menentukan jumlah dividen yang mampu dibayar, pihak lembaga PETRONAS perlu terlebih dahulu memastikan syarikat mampu dan secara selesa dapat membiayai kos operasi, kos pinjaman, dan membuat pelaburan semula bagi menyokong strategi pertumbuhan jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata kelulusan bayaran dividen RM18 bilion pada Februari 2021 adalah berdasarkan kemampuan prestasi dan pasaran pada tahun 2020 berakhir Disember 2020.

“Jumlah ini adalah lebih rendah daripada tahun sebelumnya oleh kerana impak dari pasaran amat lemah dan harga minyak mentah global yang rendah akibat daripada pandemik COVID-19.

“Kelulusan dividen tambahan RM7 bilion telah diluluskan pada Julai 2021. Ia adalah berdasarkan kemampuan dan unjuran prestasi pasaran minyak yang lebih baik bagi tahun 2021. Bagi tempoh 10 bulan pertama, harga Brent mencatat sebanyak kira-kira AS$69 setong,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata PETRONAS telah meraih keuntungan bersih lebih tinggi RM9.3 bilion pada suku
tahun 2021 berbanding RM4.5 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Beliau berkata prestasi itu disokong oleh pemulihan harga minyak dan gas sejak penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan pendapatan syarikat.

“Keuntungan bersih lebih tinggi itu juga sejajar dengan kos keseluruhan lebih rendah yang ditanggung oleh kumpulan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.