nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluar lagi KWSP akan burukkan isu simpanan persaraan tak cukup

24 NOV : Sebarang pengeluaran baharu bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Kementerian Kewangan berkata pada masa kini, simpanan persaraan tidak cukup dan berada pada tahap membimbangkan.

Malah kata kementerian itu, langkah tersebut bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.

“Setakat 30 September 2023, bagi ahli berumur bawah 55 tahun, seramai 6.3 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan.

“Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun,” kata MoF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan sedang mengkaji tuntutan rakyat yang mengalami kesusahan hidup sekarang yang memohon supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP mereka secara bersasar dan ingin tahu pendirian kerajaan tentang tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ekonomi Malaysia kini bukan lagi berada dalam fasa pemulihan malah nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah melepasi paras prapandemik.

“Aktiviti ekonomi semakin rancak apabila banyak perniagaan telah beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.

“Hal ini dibuktikan apabila jumlah ahli aktif KWSP juga telah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 8.5 juta setakat September 2023 dengan peningkatan sebanyak 910,000 ahli atau 12 peratus berbanding 7.6 juta yang dicatatkan pada September 2021,” kata MoF.

Menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) berkait Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kementerian itu berkata pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan sistem cukai itu semula.

“Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.