nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bentang RMK13 di Parlimen esok

30 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen, esok.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030

“Hari ini saya menerima penyerahan rasmi dokumen RMK13 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

“Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook sejurus menerima dokumen itu dari Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, hari ini.

Katanya, RMK13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata penyediaan RMK13 itu melibatkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah termasuk kerajaan-kerajaan negeri demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.

Dalam kenyataan berasingan, Anwar berkata RMK13 yang bakal dibentangkan esok itu dijangka akan membawa natijah terbaik buat rakyat dan meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.

“Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan agar kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.