nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Segerakan PRU, kembalikan mandat kepada rakyat

11 SEPT : “Alang-alang hendak lawan, kita lawan!” Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mendesak Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disegerakan sebelum tempoh Parlimen Penggal ke-15 berakhir, tahun depan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan UMNO bersedia berdepan mana-mana lawan politik di medan PRU16.

“Ini bukan desakan mahupun harapan, tetapi ini adalah kehendak rakyat. Cukup-cukuplah, beri peluang kepada kami pula.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang hendak lawan, kita lawan. Walaupun DNA kita memimpin, kemenangan tidak datang bergolek, selain perlu memahami strategi dan realiti persekitaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada masa sama memberi bayangan gabungan itu bakal melalui evolusi, mengambil kira kemungkinan wujud kerjasama strategik dengan parti tertentu.

Tanpa menyebut mana-mana parti, beliau menggunakan gambaran warna politik untuk menjelaskan perubahan yang mungkin berlaku dalam landskap kerjasama BN.

“Apabila ‘biru’ bertemu ‘hijau’, sudah tentu akan berlaku perubahan ‘warna’ asal,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika hubungan UMNO dan PAS kembali menjadi perhatian selepas beberapa pimpinan tertinggi PAS hadir pada PAU 2026 termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari serta Ahli Parlimen PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Kehadiran pimpinan PAS itu dilihat sebagai perkembangan penting susulan kunjungan balas selepas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kelantan minggu lalu.

UMNO dan PAS sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN) pada 2019 sebelum hubungan kedua-dua parti berubah susulan perkembangan politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tempoh Parlimen Penggal Ke-15 dijangka berakhir pada 2027, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk menentukan masa sesuai bagi PRU16.

Gesaan Ahmad Zahid kali ini memperlihatkan UMNO mahu parti bersiap lebih awal menghadapi persaingan politik pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut sekali lagi menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mempercepatkan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.