nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek LCS lewat, BNS bayar denda LAD RM180 juta

22 DIS: Kementerian Pertahanan telah menjalankan siasatan secara mendalam mengenai kegagalan anak syarikat Boustead Holdings Bhd iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), membekalkan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kementerian juga sudah melaksanakan siasatan melalui semakan ke atas klausa kontrak berkaitan isu kelewatan yang telah dialami dalam perolehan LCS ini.

Menurut beliau, hasil daripada siasatan berkenaan membawa kepada pengeluaran Notis Tuntutan Ganti Rugi Tetap (LAD) berjumlah RM180 juta, di mana sebanyak RM80.6 juta sudah berjaya dipungut secara set-off dari BNS, pada Oktober lalu.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Bagi isu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula pihak SPRM kini sedang menjalankan siasatan.

“Bagi pertanyaan YB Senator berkenaan audit forensik yang telah dijalankan oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) dan permintaan YB untuk mengesahkan adakah tempoh audit ini sehingga tahun 2014 sahaja.

“Suka saya jelaskan, berdasarkan penelitian kepada audit forensik berkenaan, skop audit hanya merangkumi aspek pengurusan dan aliran kewangan projek serta aspek proses perolehan peralatan LCS oleh BNS sahaja.

“Aspek pengurusan fizikal projek dan punca-punca sebenar kelewatan tidak termasuk di dalam skop audit forensik berkenaan. Mengenai tempoh tahun pengoditan pula, adalah didapati ianya meliputi antara tahun 2011 hingga 2017 sahaja,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan tiga Ahli Dewan Negara iaitu Senator Liew Chin Tong, Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dan Senator Datuk Paul Igai mengenai isu perolehan kapal LCS oleh TLDM yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, proses perolehan pesawat jenis Fighter Lead-In Trainer (FLIT) dan Light Combat Aircraft (LCA) bagi menggantikan Nuri akan dibuat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan ke Parlimen, awal tahun depan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program penggantian pesawat Nuri telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jan 2020 melalui 2 Rancangan iaitu Jangka Pendek dan Jangka Panjang.

Ismail Sabri berkata, bagi Rancangan Jangka Pendek, penggantian helikopter Nuri akan dilaksanakan melalui kaedah sewaan.

“Iklan Tender Terbuka Tempatan telah dibuka pada 15 Oktober 2020 dan telah ditutup pada 17 Disember 2020. Proses selanjutnya adalah penilaian tender sebelum diputuskan untuk dianugerahkan kepada syarikat tempatan yang terpilih.

“Bagi rancangan jangka panjang, penggantian helikopter Nuri akan dilaksanakan melalui kaedah perolehan baharu. Proses Perolehan baharu dijangka bermula pada pertengahan RMKe-12 bagi memastikan helikopter baharu diterima sebaik sahaja kontrak sewaan tamat,” katanya ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh Paul dalam sesi perbahasan sebelum itu. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.